Assalamualaikum & Selamat sejahtera...
Bersempena dengan bulan Ramadhan al Mubarak, pihak Islamic Malaysian Association (IMAN) telah menganjurkan program Ihya Ramadhan (IHRAM) untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.
Pada 1 Ramadhan yang lalu, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di As-Syifa. Seterusnya pada 6 Ramadhan, IMAN juga telah menganjurkan Qiamullail bermula pada jam 2.30 pagi, diikuti dengan sahur bersama dan solat Subuh berjemaah. Tadarus Al- Quran juga dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
Akhir sekali, satu majlis penutup dan khatam Al-Quran, Insya Allah akan diadakan pada 25 Ramadhan ( 25 Ogos) bertempat di Bale 4.
REFORM, atau Reminder for Ramadhan pula adalah satu program yang sedang berlangsung di Facebook. Satu 'group' telah diwujudkan di mana kita boleh berkongsi maklumat, tazkirah atau apa sahaja tentang Ramadhan.
Marilah sama - sama kita mengimarahkan bulan yang mulia ini, Semoga program - program ini akan memberi manfaat kepada semua, Insya Allah.
Salam Ramadhan daripada Biro Informasi dan Penerangan PKPMI-CB! :)






0 comments:
Post a Comment