Assalamualaikum & Selamat sejahtera...
Perkara : MESYUARAT BERSAMA PKPMI DAN SETIAUSAHA MMC, DR. WAN MAZLAN BIN WAN MOHD WOOJDY
Tarikh : 26 JULAI 2011 ( ISNIN), 8.00 WIB
Tempat : Melalui Skype
Kehadiran : 18 orang
a) Wan Mazlan bin Wan Mohd Woojdy (Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia)
b) Khairul Hafidz Alkhair ( YDP PKPMI Pusat)
c) Mohammad Fazrul Mohammad Basir (Timbalan Pengerusi Tetap PKPMI Pusat)
d) Mohd Nazaluddin bin Mat Nazir ( Pengerusi Tetap PKPMI Pusat)
e) Sharmila Kumaran (Naib Setiausaha PKPMI Pusat)
f) Eva Candra Susanti binti Suhali ( Timbalan Bendahari PKPMI Pusat dan Wakil YDP Surabaya)
g) Syed Azlan Syed Omar ( Biro Multimedia Penerbitan PKPMI Pusat)
h) Fahkrul Radzi (Exco Biro Agama PKPMI Pusat)
i) Hazirah bt Harun ( Juruaudit PKPMI Pusat)
j) Mohd Zailani Abd Sharif ( YDP PKPMI Jakarta)
k) Mohd Azfar Hafiz ( NYDP PKPMI Yogjakarta)
l) Darween Rozehan Shah Iskandar Shah ( YDP PKPMI Solo)
m) Haikal Ambri bin Rosle ( YDP PKPMI Bandung )
n) Sathia Rooban ( YDP PKPMI Palembang)
o) Thanendran Renganathan ( YDP PKPMI Bali)
p) Mohamad Asyraf Bin Mohd Rosly ( YDP PKPMI Padang)
q) Muhammad Shamill bin Shamsul Ismail ( YDP PKPMI Medan)
r) Muhamad Nurfarahin ( YDP Indramayu)
Taaruf : Saudara Khairul Hafidz memulakan mesyuarat dengan memperkenalkan diri dan meminta ahli-ahli lain yang hadir untuk memperkenalkan diri masing-masing. Pada masa yang sama Dr. Wan Mazlan Wan Mohd Woojdy,Setiausaha Majlis Perubatan Malaysia memperkenalkan diri beliau n terus dilanjutkan dengan sesi soal jawab. Berikut adalah persoalan yang diajukan kepada beliau:
- Apakah yang perlu dilakukan oleh mahasiswa setelah tamat perkuliahan di Indonesia?
Setelah menamatkan pengajian, perlu lakukan 3 perkara serentak: 1. Apply kerja dengan SPA, 2. Daftar dengan MMC dan 3. Apply penempatan dengan KKM.Sila rujuk mmc.gov.my untuk dokumen yang diperlukan.
2. Berapa lama tempoh waktu untuk menjadi HO dr waktu kami pulang?
Tempoh untuk kerja selepas grad adalah bergantung kepada kekosongan jawatan HO di KKM pada masa itu. Tiada kaitan dengan MMC.
3. Bolehkah terangkan lingkup kerja MMC dan MMA? Adakah sama MMC dan MMA?
MMC diberi tanggung jawab untuk mendaftar dan menyelia individu yang ingin mengamal profesyen perubatan. MMC mempunyai kuasa undang-undang. MMA pula adalah Persatuan Perubatan, sesiapa pun boleh join. Mereka yang berdaftar dibawah MMA TIDAK boleh mengamal perubatan. MMA dan MMC tidak sama. Kekeliruan boleh terjadi jika anda menyamakan MMC sebagai Ikatan Dokter Indonesia sebelum Konsil Kedokteran Indonesia ditubuhkan.
4. Adakah KKM akan menguatkuasakan sistem syif? Jika benar bolehkah diterangkan sistem tersebut?
Sistem syif sedang dalam peringkat kajian. Sistem syif ialah sistem giliran di mana doktor akan bertugas dari jam 8 pagi hingga 2 petang, 2 ptg hingga 10 malam dan 10 mlm hingga 8 pagi kalau tak silap. Pada masa ini masih diperingkat pilot study.
5. Adakah MMC dan KKM mengeluarkan senarai kompetensi untuk HO seperti Standard Kompetensi Ikatan Dokter Indonesia?
Terdapat suatu Jawatankuasa dibawah KKM yang diberi nama Lembaga kelayakan Perubatan @ Medical Qualifying Board yang bertanggung menetapkan disiplin didalam posting HO dan juga jenis prosedur yang perlu dilaksanakan. Kalau nak, saya akan usahakan kirim melalui emel - sila beri nama seorang wakil yang saya boleh hantarnya.
6. Adakah terdapat satu program dari MMC untuk memberikan biasiswa atau pinjaman untuk mereka yang tiada? Jika ada bagaimana prosedurnya, jika tiada, ada tidak solusi MMC untuk membantu?
Selaras dengan tugas dan peranan MMC - MMC tidak terlibat didalam sebarang penajaan tetapi kita boleh bantu. Sila alamatkan surat anda kepada Ketua Pengarah Kesihatan merangkap Yang Di Pertua Majlis Perubatan Malaysia.
7. Bolehkah MMC datang ke beberapa kawasan di Indonesia untuk berikan penerangan?
MMC bersedia membantu - tetapi pihak di Indonesia perlu mencari penaja - JPA, MARA dan sebagainya. Jika mahu MMC tanggung kos - boleh diatur tetapi MMC hanya boleh pergi ke institusi yang diiktiraf sahaja. Kebetulan saya ke Solo, Jogja dan Ukrida hujung September - mungkin boleh mengadakan sesi dialog, 27 Sept - saya ke Ukrida, 28 Sept ke Solo dan 29 ke Jogja. Nanti kita berurusan melalui emel 'WMazlanBMW@gmail.com'
8. Bolehkah pelajar langsung mendaftar dgn MMC sewaktu adanya lawatan MMC ke kawasan di Indonesia untuk berikan penerangan?
MMC belum boleh menerima permohonan pendaftaran pelajar. Pemohon perlu mempunyai ijazah untuk mendaftar. Jangan risau pasal pendaftaran. MMC bisa mengeluarkan surat kelulusan dalam masa SATU HARI.Permohonan boleh dibuat secara pos.
9. Jika ada pelajar di sini datang tanpa NOC, adakah mereka punya masalah setelah pulang mendaftar nanti?
Pelajar yang tidak mempunyai NOC tidak ada masalah mendaftar dengan MMC kerana tiada peruntukkan dibawah Akta Perubatan 1971 menetapkan mereka perlu mempunyai NOC untuk diterima mendaftar. Namun, Kabinet menetapkan hanya graduan yang mempunyai NOC akan dilantik kedalam perkhidmatan awam. Dalam situasi sedemikian, tiada guna sijil pendaftaran MMC jika tuan puan tidak diterima berkhidmat bagi menjalani latihan siswazah. Pada masa ini, pihak SPA belum menguatkuasakan lagi NOC. Tuan-tuan yang terlibat boleh menulis surat kepada YAB PM. Nanti saya akan terangkan bila kita berjumpa nanti. Secara peribadi, NOC tidak harus menjadi penghalang untuk dilantik kedalam perkhidmatan awam bagi mereka yang lulus dari IPT yang diiktiraf - mereka telah mampu membuktikan mereka berjaya
10. Adakah list universiti yang diiktiraf oleh MMC masih lagi diguna pakai?
Ya, senarai Jadual kedua masih digunapakai Jadual boleh diperoleh di mmc.gov.my.
11. Bolehkan diterangkan mengenai Ujian Kompetensi Luar Negara yang telah diberikan statement oleh YB Menteri yang hanya universitas yang tidak diiktiraf sahaja perlu ambil, apa bedanya sistem dulu dan sekarang?
Ujian Kompetensi yang diumumkan oleh YB Menteri adalah khusus untuk graduan dari institusi tidak iktiraf sahaja.
12. Untuk pelajar dentistry dan farmasi, ke mana mereka harus pergi?
Pelajar Dentistry - Malaysian Dental Council. Pelajar Farmasi, Putrajaya - Lembaga Farmasi Malaysia, Seksyen 17, Petaling Jaya
13. Bagaimana dengan performance pelajar Malaysia lepasan Indonesia di mata MMC?
Dr.mazlan : Mmmm - prestasi graduan dari Indonesia? Apa pendapat anda dulu?
Khairul Hafidz : Kalau tanya kami, kami katakan baik, banyak yang kami pelajari disini, klinikal juga bagus.
Nazaluddin : Kalau boleh dari doktor memberitahu kami apakah kelemahan sebenar graduan dari indonesia ini terutama waktu housemanship dan dalam perkhidmatan. Kami persatuan pelajar di sini cuba berusaha untuk memenuhi standard negara sebagai seorang doktor selain dari kurikulum di fakultas perubatan kami jika pihak MMC dapat meberikan hasil penilaian mereka.
Mungkin yang kami boleh fikirkan adalah tentang penguasaan bahasa inggeris yang kurang baik bagi graduan Indonesia.
Tentang ilmu pengetahuan dan kemahiran klinikal, kami merasakan kami melebihi institusi perubatan awam di Malaysia dan mungkin menyamai Fakultas Kedoktoran IPTA.
Dr. Mazlan : Tentang prestasi pelajar Indonesia - memang antara yang OK! - Boleh ditingkatkan menjadi terbaik jika graduannya boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Jika terdapat jurang dalam komunikasi maka akan berlaku kesukaran dalam berkongsi informasi. Nasihat saya seperti yang saya nyatakan semasa ceramah di Jakarta – perbaiki penguasaan bahasa inggeris>.
14. Tentang penambahan 120 minggu klinikal untuk pelajar perubatan dari Indonesia. Boleh doktor komen dengan jelas tentang ini?
Bagi penambahan 120 minggu - IPT Perubatan di Malaysia, pendedahan klinikal ialah 120 minggu -dapat dilaksanakan kerana pengajian ialah tahun 1-2 preklinikal, 3-5 klinik. Berbeza dengan Indonesia - 1-3 preklinikal dan 4-5 klinikal. Justeru pendedahan tidak mencukupi. Namun jangan risau hampir kesemua IPT di Indonesia telah bersetuju meminda kurikulumnya dan kita akan melawat bersama pihak Indonesia nanti insya Allah.
15. Apakah Nasib graduan2 dr luar negeri yang tidak mempunyai NOC dr KPT, bolehkah mereka berkhidmat sebagai GS apabila Uji Kompentesi yang dikelola oleh MMC mereka lulus, bolehkah mereka berkhidmat ke sektor kerajaan?
Pada masa ini, pihak SPA belum menguatkuasakan lagi NOC. Tuan-tuan yang terlibat boleh menulis surat kepada YAB PM. Nanti saya akan terangkan bila kita berjumpa nanti. Secara peribadi, NOC tidak harus menjadi penghalang untuk dilantik kedalam perkhidmatan awam bagi mereka yang lulus dari IPT yang diiktiraf - mereka telah mampu membuktikan mereka Berjaya.
16. Kami dari medan ada kumpulkan senarai nama pelajar yang masih belum ada biasiswa atau pinjaman,bolehkah kami hantar ke MMC untuk bantu salurkannya ke saluran yang sesuai seperti jpa,mara,atau sebarang yayasan?
Tentang biasiswa, kita boleh bantu - sila alamatkan surat anda kepada Ketua Pengarah Kesihatan merangkap Yang Di Pertua Majlis Perubatan Malaysia.
17. Mohon penjelasan mengenai prosedur specialization. Sewaktu Dr berkunjung di Jakarta bulan Mac yang lalu, menurut Dr.Wan untuk jadi spesialis hanya boleh dibuat di Malaysia, adakah ini bermaksud tidak boleh ambil spesialisasi di luar negeri walaupun atas biaya sendiri?
Untuk jadi specialist - perlu bersedia menimba pengalaman sebaik tamat HO. Selain lulus periksa dan temuduga, calon juga perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi. Specialisasi boleh dibuat diluar negara tetapi perlu ambil kira samada ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pada masa ini pengiktirafan dilaksanakan oleh Academy of Medicine Malaysia bersama dengan KKM.
18. Adakah CGPA kami sekarang mempengaruhi sekiranya nanti ke depan mahu ambil specialist?
Bagi yang ingin membuat spesialisasi - CGPA sekarang tidak sangat mempengaruhi - yang penting - pengalaman dalam bidang spesialisasi yang anda ingin ceburi selepas HO, lulus cemerlang ujian tapisan dan juga temuduga.
19. Dengarnya elaun kritikal akan dikurangkan, adakah benar?
Sebagaimana namanya 'elaun kritikal', ia akan dihapuskan jika tenaga kerja doktor dalam negara kita mencukupi. Selain itu, elaun on-call juga akan dihapuskan sekirany syif duty dilaksanakan
20. Adakah pelajar ko-as perlu mengambil UKDI? Untuk angkatan 2006 sudah dipastikan tidak perlu tapi untuk angkatan 2007 masih belum dipastikan lagi.
Pada masa ini, MMC masih belum menetapkan UKDI bagi graduan Malaysia. Tapi kalau mau ambil – silahkan.
21. Adakah system pembelajaran di Fakultas kedoktoran di Indonesia khususnya telah memenuhi standard international yang telah ditetapkan oleh MMC? dan pandangan Dr untuk graduan2 yang lulus dari Indonesia ini. Amat penting bagi kami untuk memantapkan clinical skill dan knowledge dalam sistem kesihatan malaysia.
Sistem Fakultas Kedoktoran di Indonesia memang memenuhi standard international. Namun, ianya belum mencukupi bagi pendedahan klinikal bagi standard negara kita. Ini adalah kerana kita menitikberatkan pendedahan klinikal yang sebenarnya dan bukannya latihan amali di makmal sepert clinical skills (yang turut diambilkira di Indonesia).
22. Adakah sesebuah universitas boleh ditarik pengiktirafan, kalau boleh bagaimana dinilai?
MMC pernah menarik balik pengiktirafan Crimea State Medical university dalam tahun 2005 kalau tak silap. Kita akan tarik jika IPT berkenaan melanggar kriteria seperti mengambil pelajar berlebihan, membeli soalan, membeli markah dan kelulusan/sijil, dll.
23. Dengan taraf kesihatan Malaysia sekarang ini,Malaysia ketandusan kepakaran dalam bidang apa dan apakah peluang yang betul2 diperlukan Malaysia?
Bagi yang ingin membuat spesialisasi - CGPA sekarang tidak sangat mempengaruhi - yang penting - pengalaman dalam bidang spesialisasi yang anda ingin ceburi selepas HO, lulus cemerlang ujian tapisan dan juga temuduga.
24. Berkenaan housemanship, bolehkah on-call di tempat luar?
On call hanya di hospital yang dibenarkan. Ditempat luar dipanggil lokum pak.
25. Seperti yang kita maklum, peratus pelajar bangsa Malaysia yang menjalani kursus perubatan telah meningkat dengan drastik dalam beberapa tahun yang lepas. Bagaimanakah pendekatan dan strategi MMC untuk menangani kebanjiran doktor dalam beberapa tahun yang akan datang?dan Dengan adanya lambakan doktor nanti dalam 3-4 tahun lagi,apakah usaha MMC untuk menangani masalah ini?adakah berkemungkinan ada doktor yg akan menjadi penganggur?
Benar. Tapi itu bukan bidangkuasa MMC. Ia bidangkuasa KKM. Walau bagaimana pun, MMC sentiasa membantu mereka. Bidangkuasa KKM - khususnya Lembaga Kelayakan Perubatan. Kita sedang berusaha menambah hospital bagi tujuan latihan siswazah termasuk hospital swasta, syif duty bagi HO dll.
26. Bagaimana MMC memperjuangkan keseimbangan antara jumlah doktor perubatan berkualiti dengan standard penjagaan kesihatan bagi memenuhi keperluan negara ?
Bagi HO - Melalui logbook semasa menjalani latihan siswazah. Bagi MO dan specialists - kita akan wujudkan CME points sebelum memohon APC di dalam Akta Perubatan pindaan.
27. Adakah lokum untuk HO dibenarkan?
Hanya bagi mereka yang telah berdaftar penuh dan mempunyai APC
APC = Annual Practising Certificate yang boleh untuk lokum
28. Adakah satu hari nnt Malaysia akan menjadi seperti Indonesia? Sistem residen akan dibangunkan dan sistem HO dan MO tak lagi diguna pakai kerana sudah terlalu ramai dokter dalam negara?Di sini lepasan mahasiswa tidak langsung masuk ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, boleh praktis sebagai dokter umum sahaja di mana-mana, tetapi di hospital kerajaan mereka mengambil ujian untuk jadi residen untuk terus jadi spesialis. Jadi sebagai contoh, di rumah sakit kami kami punya residen, yang akan belajar langsung bawah spesialis.
Residensi - itu memang stail US - kita sedang mengkajinya agar dapat mengatasi kebanjiran doktor dan juga bagi membolehkan graduan dari john Hopkins di Malaysia meniti kerjaya sedemikian.
29. Saya kurang jelas tentang lanjutan ke specialist, hanya berlaku setelah MO, kemudian perlu melalui ujian dan temuduga? Perlu pengalaman lebih 3 tahun?
Untuk mengikuti kursus specialist - anda perlu diterima mendaftar di mana-mana IPT tempatan. Bagi tujuan tersebut, mula sekali anda perlu mempunyai pengalaman yang mencukupi - contohnya 2 tahun dalam ENT. Jika cukup, anda akan dipanggil untuk menjalani ujian tapisan dan juga temuduga oleh IPT berkenaan.
30. Bagaimana pula dengan MRCP? MRCP boleh dapat tajaan dari KKM, MARA
MRCP – boleh dilakukan sendiri. MMA memang aktif membuat kursus . Setakat ni MRCP semua tajaan sendiri.
31. Sekarang beredar rumor bahawa jika pernah posting di sesebuah hospital,maka kita tidak akan dihantar ke hospital yg sama lagi,apakah ia benar?
Itu memang logik - HO yang telah tamat training akan dihantar ke tempat yang memerlukan bagi memberi laluan kepada orang lain. Selepas posting 1-2 tahun barulah mereka boleh memohon kembali ke mana-mana hospital. Justeru, bagi mereka yang berminat menimba pengalaman - perlu berbaik-baik dengan ketua jabatan agar dikekalkan dan dapat menimba dan melengkapkan pengalaman lebih awal.
32. Apa yang penting diperlukan seorang HO dalam menjalani housemenship training programe di Malaysia??
Pertama sekali - setiap HO perlu mempunyai SIKAP yang terbuka dan positif, kemudian pengetahuan dan kemahiran. Ilmu yang anda perlolehi semasa menuntut di Indon lebih dari mencukupi - jika anda menjalaninya dengan sempurna
33. Adakah sewaktu kami mengambil spesialisasi di Malaysia, kami masih lagi dianggap bekerja dan menerima gaji dr KKM?
Semasa menjalani spesialisasi - anda boleh memohon biaya KKM, join IPT sebagai pensyarah pelatih atau biaya sendiri.
34. Bagaimana kalau nak jadi pensyarah dibidang perubatan, perlu mengikuti semua proses atau bagaimana?
Untuk senang jadi pensyarah - sila mohon sebaik sahaja tamat HO di universiti yang mereka minati untuk berkhidmat. Jika kursus tersebut tidak ada di IPT berkenaan, pihak IPT majikan akan menghantarnya ke IPT lain. MARA tak pernah biaya program pasca ijazah.
35. Apakah boleh clinical training untuk tambahan miggu klinikal itu nanti di jalankan di Malaysia dgn IPT yang mempunyai MoU dengan Fakultas Kedoktoran dari Indonesia sebagai satu proses penyesuaian dengan sistem kesihatan malaysia sebelum masuk ke perkhidmatan?
MMC dan KKM tidak membenarkan pelajar menjalani sebahagian latihan klinikal di Msia kerana pihak IPT telah dibayar untuk tugas sedemikian. Selain itu, ia boleh menjejaskan perkhidamatan pakar di Malaysia.Saya tidak hanya merujuk kepada graduan Indonesia tetapi dari seluruh dunia.
35. Bagaimana proses induksi student pelajar luar negara?
Induksi dibuat untuk semua graduan perubatan sebaik sahaja dilantik oleh KKM.
36. Sejauh mana pihak MMC menggunakan program elektif di hospital kerajaan untuk pembangunan bakal-bakal doktor dari luar Negara?
Program elektif - hanya bertujuan mendedahkan pelajar kepada perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Msia. Tetapi ramai yang cuba menyalahgunanya untuk membuat posting klinikal yang sepatutnya dilaksanakan di IPT luar negara. Setakat ini kita tidak ada meminta laporan atau membuat sebarang kajian memgenainya.
37. Terdapat terlalu ramai HO sekarang,pemantauan terhadap semua HO agak susah dan dikhuatiri akan berlaku kekurangan kemahiran. Bagaimana Pihak KKM dan MMC menyelesaikan masalah seumpama ini?
Lembaga Kelayakan Perubatan bersama-sama dengan MMC sedang giat mengurusnya - sila rujuk maklumbalas sebelum ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 WIB.
“BERILMU, BERAMAL, BERSATU”
Disediakan oleh,
(SHARMILA KUMARAN)
Timbalan Setiausaha Kehormat,
PKPMI Pusat sesi 2011/2012





0 comments:
Post a Comment