Thursday, October 22, 2009

JARKOM Kebajikan

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Salah seorang rakan kita, Kak Zai (FK05) perlu menjalani pembedahan lanjutan bagi penyakitnya - Crohn Disease & Herniated Nucleosus Pulposus (HNP).
Biaya dianggarkan sekitar Rp 90juta..

Kawan-kawan sekalian diajak untuk menyumbang bersama untuk meringankan bebannnya. Kotak derma akan diedarkan mengikut angkatan masing-masing...

Terima kasih & harap maklum.

Wednesday, October 21, 2009

JARKOM IMAN

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Dimaklumkan insya-Allah IMAN dengan kerjasama PKPMI & KUBI akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidiladha di Puri Alpina pada hujung bulan 11 nanti. Harga 1 bahagian lembu adalah Rp 1.5 juta dan harga kambing bergantung kepada saiz.

Kepada mana-mana pelajar atau batch (sedekah) yang ingin mengambil bahagian dalam qurban, sila bagi nama anda sebelum 27.10.09 (Selasa).

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:
- Jamaluddin, FK07 (081802057056)
- Fawwaz, FK07 (081809675689)

Tolong sebarkan..terima kasih dan harap maklum...

Sunday, October 18, 2009

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Terlebih dahulu, pihak kami ingin memohon maaf dalam kelewatan menyiarkan 'post' ini...diharapkan tidak ada yang berkecil hati di atas kelewatan ini ya~

OK...seterusnya ke topic utama 'post' ini...


Pihak PKPMI-CB ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI kepada semua ahli PKPMI-CB yang beragama Hindu...
Semoga sambutan ini menambahkan lagi keceriaan dalam menjalani hari-hari anda semua di rantau orang~

Walau apapun...kami ingin mengingatkan supaya anda semua menjaga keselamatan sepanjang menyambut hari yang berbahagia ini~

Sekian dari pihak PKPMI-CB..terima kasih..

Saturday, October 17, 2009

Lagi Kejadian Gempa Bumi

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Jarkom PKPMI:
Pada jam 4.52 p.m. semalam, di Ujong Kulon Jawa Barat, satu kejadian gempa bumi 6.3 SR telah berlaku. Kawasan sekitar Jakarta dapat merasakan gegaran dari gempa ini sedikit.
Menurut kata Datuk Dr Junaidi, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Harap maklum..

Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Jarkom PKPMI:
Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Junaidy bin Abu Bakar, Pengarah JPMI atas penganugerahan Darjah Setia Seri Melaka pada 10.10.09 yang membawa gelaran Datuk.
Semoga beliau semakin bersemangat untuk berkhidmat.

Harap maklum...Terima kasih...

PKPMI CUP

Assalamualaikum & salam perpaduan...


Masih ingat detik-detik yang dirakamkan di atas?
Masih terasa kemeriahan & ketegangan suasananya?
Masih ingin menyaksikan aksi-aksi ini?
blogger-emoticon.blogspot.comFUTSAL~!!!blogger-emoticon.blogspot.com

Sukan yang paling hangat kini kembali lagi...
Biro Sukan & Rekreasi PKPMI-CB mempersembahkan....

PKPMI CUP 2009



Tarikh: 31 Oct. & 1 Nov 2009
Tempat: GOR UNPAD
Taklimat Pertandingan: 18 Oct. 2009 di Permata, Sukawening, jam 7.00 p.m.

PKPMI CUP terbuka untuk ahli PKPMI-CB (LELAKI sahaja) & penyertaan adalah terhad kepada 10 team sahaja (1 team = 10 orang). Yuran penyertaan = Rp 100,000 per team.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Borang penyertaan telah diedarkan ke setiap angkatan & fakultas. bermula 9 Oct. 2009. Tarikh tutup penyertaan & penyerahan borang selewat-lewatnya pada 16 Oct. 2009 kepada:
  • Nazi FK06 (+6281931491434)
  • Farid FK06 (+628172322963)
Bagi yang belum mendapatkan borang penyertaan lagi, borang juga boleh didapatkan daripada nama-nama yang tersenarai di atas.

Sebarang perubahan & update akan diberitahu dari semasa ke semasa. Jadi, sila ambil perhatian ya~

Tunggu apa lagi? Mari bikin PKPMI CUP 2009 gempak + havoc~!!!

Sekian dari pihak PKPMI-CB....

Friday, October 9, 2009

SUPERNOVA

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Sudah dapat SUPERNOVA?


Apa itu SUPERNOVA?

Biro Pendidikan PKPMI-CB telah menerbitkan Super Normal Value atau lebih 'gempak' dikenali sebagai SUPERNOVA. Ini merupakan kompilasi normal values untuk pemeriksaan makmal/laboratory (rujukan: Nelson).


Diharapkan kompilasi terbitan Biro Pendidikan PKPMI-CB ini dapat membantu & memudahkan rakan-rakan semua dalam study terutamanya di dalam tutorial.

Tempahan buku ini boleh dibuat melalui borang pesanan yang telah diedarkan ke kuliyah & angkatan masing-masing (isikan nama, angkatan, & no. telefon). Harga: Rp20000. Bayaran boleh dilakukan kepada wakil-wakil yang telah dipilih oleh Biro Pendidikan sendiri.

Sebarang pertanyaan & info lanjut boleh diajukan kepada:

  • Fatin FK 07 (081910431598)
  • Qayyum FK 08 (081906620241)
  • Aisyah TWP 07 (08172308457)
Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain ya~!!!

Sekian dari pihak PKPMI-CB.

Surat Pekeliling Kehilangan Pasport

Assalamualaikum & salam perpaduan...Surat Pekeliling Kehilangan Pasport di atas dikeluarkan setelah pihak kami menerima beberapa aduan berkenaan dengan masalah ini.
(klik gambar di atas untuk pembesaran imej)

Jika ada di antara ahli PKPMI-CB kehilangan pasport, langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

  • Laporkan kepada PKPMI-CB
  • Laporakn ke Balai Polis
  • Laporkan ke KEDUBES & memohon melakukan emergency passport untuk pulang ke Malaysia
  • Permohonan emergency exit reentry permit
  • Permohonan pembuatan passport baru di Malaysia
Diharapkan semua ahli PKPMI-CB dapat ambil perhatian di atas perkara ini.
Harap maklum...terima kasih...

Sekian dari pihak PKPMI-CB.